Wednesday, December 23, 2015

Pedalaman Baram Sarawak

Bismillahirrahmannirrahim..

Untuk pertama kalinya, saya kembali menulis di atas blog kapalterbangtinggi ini. Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah Ala Kulli hal. Esok genap enam bulan saya memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41..Setelah 5 tahun setengah berhempas pulas bertungkus lumus kejar pointer tak dapat2 t kat IPG, dan setelah lebih kurang enam bulan juga berteka teki setiap hari menunggu panggilan penempatan..Akhirnya, Allah mentakdirkan saya untuk kesekian kalinya bermastautin di negeri darul hana, negeri Sarawak bumi kenyalang. 

Perjalanan hidup baharu sebagai post grade & golongan bekerja kali ini bukan lagi di pekan kecil tapi lebih jauh lagi di Pedalaman Baram Sarawak. Huhu..setiap apa yang kita fikirkan dan kita impikan itu sebenarnya adalah doa untuk diri kita sendiri.. Dulu-dulu masa form 1 saya selalu fikir saya nak duduk dalam hutan. Tak perlu jumpa ramai orang. Tak perlu dengar mak membebel dan tak perlu buat susu adik. Dushh, rebel sungguh masa zaman remaja saya..

Masa degree pun sy ada juga bercita2 nk masuk pedalaman dan liha kehidupan orang di pedalaman. Alhamdulillah Allah bagi peluang ikut kak Sofea balik Baram..Long Teran to be exact. Saya excited sangat nak masuk Baram bila tengok kak Sofea diberi tepukan dan pujian oleh senior masa kami orientasi ppismp dulu.. Baram ni tempat yang paling ulu. So, kalau ada budak Baram yang berjaya ke IPT, means budak ni teror la kiranya. 

Ok. Back to the topic. Pengalaman mengajar di pedalaman sangat bermakna..Setiap hari ada sahaja perkara baru yang dipelajari, dirasai, dijumpai, di alami.. kalau cerita, tak sama perasaannya bila berada sendiri di pendalaman ni.. Kalau setakat dua tiga hari stay pun tak sama.. Adrenaline rush bila naik bukit n tiba2 tayar 4wd yang dinaiki tu nak tergelincir..perghh..dah macam rasa naik kapal terbang yang face terbulance.. 

Pengalaman first time masuk sekolah pun dah cukup buat hati saya jadi besar. Masuk dengan 2 buah 4wd bersama 5 orang lagi guru yang kesemuanya lelaki..Hanya tuhan yang tahu perasaan saya saat itu..huhu...takut cemasnya dirasai seminggu sebelum hari nak masuk sekolah lagi..huhu..Hari-hari sebelum masuk sekolah tu air mata akan tiba tiba je keluar..saya diberitahu yang saya sahaja cikgu perempuan muslim di sekolah tersebut. Aduh..Tapi kan.. Allah takkan biar kita face situation beyond our limit kan.. Saya teruskan jugak...try untuk adapt n all..takdalah menangis nangis merayu nak minta pindah time tu juga..tapi first week di sekolah tu nangis jugak la..culture shock. Selama enam bulan duduk rumah dengan semua perempuan..la ni kena kawan dengan lelaki pulak..hmm

Keadaan sekolah Alhamdulillah ok.. Saya tinggal serumah dengan dua orang lagi cikgu perempuan.. Sekolah saya ada tiga orang cikgu perempuan termasuk saya  dan sebelas orang cikgu lelaki..Alhamdulillah, Allah bg saya hadapi ujian-ujian dulu sebelum layak ke pedalaman ni.. Masa praktikum tahun sudah saya praktikum dengan kawan cina dan ditempatkan jauh di Saratok..nak ke Sibu ambil masa dua jam lebih dan hujung minggu je mesti ada drama kejar mengejar bas untuk ke sibu..

Overall, duduk di pedalaman ni tenang aman damai, takdak traffic jamm..kerja pun rilex..tak terkejar dengan program besar-besar..mengajar dan pastikan budak yang diajar faham..Kalau dah nama guru pemulihan, rilex tak boleh nak rilex sangat.. Kesian anak-anak..

Nak katanya, pedalaman baram tempat saya ni tak jauh mana pun, 4 jam je dari Miri.. Ada sekolah kawan yang sama -sama masuk Baram, lagi jauh 12 jam guna 4wheels..selalu kawan tu naik flight je, tapi flightnya hanya ada hari ahad ke bandaraya Miri.. Jadinya, jaranglah dia keluar bandar kecuali cuti panjang..

Kat mana pun kita ditempatkan, Allah letakkan kita sesuai dengan keadaan kita.. Tak kira jauh di tengah hutan, nun jauh di sempadan Kalimantan, Hatta sekolah di tepi rumah kita sekalipun..

Firman Allah SWT :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)

Maksudnya : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya




Boleh jadi buku kalau nak cerita.. Jom Ke Pedalaman 2..hehe..Jom ke Pedalaman dah ada yang tulis..k. Wassalam..

No comments:

Post a Comment