Thursday, May 28, 2015

Pasir di tekak

27052015

1jam selepas
penantian kosong
hujung talian
ku tahu pasir itu
tersekat di tekak
walau manik manik itu kau tahan
dari berjujuran


2 hari sebelum
saat aku nazar
mahu belanja
seorang ukh
makan soto sup
di pasar taman tun


3 minit sebelum
menggunung harapan hati
mungkin bukan hari ini
dan memang pasti
harapan masih ada
untuk berjuta juta
kali lagi


4bulan dua hari
aku seorang perantau sejati


5,6,7,8,9,10 kali lagi
aku terus akan mencari.
mencari hati.
hati yang kuat
untuk terus menanti
menanti saatnya pergi
dengan yakin dan pasti
untuk menongkah
arus fana ini.



No comments:

Post a Comment