Wednesday, October 10, 2012

A hectic weekends.


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani (sila baca dalam bahasa Arab :)) )


Alhamdulillah wa syukurillah..

Masih diberi peluang untuk rasa nikmat Allah yang tak terhingga atas muka bumi ini. huhu.. The story begins with.. Bismiillahhirrahmanirrahim.

Nak dijadikan cerita, beberapa bulan yang lalu, K.S as our beloved naqibah ajak kami berjaulah ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Muktamar like conference etc.. Dan kami dengan senang dan hati terbuka mencari tiket yang kebetulan harganya tak lah mahal mana pun. Reasonable price lah juga..

Selepas beberapa ketika (read: after a while) kami dimaklumkan yang Muktamar tersebut tak jadi dan bla bla bla..seminggu sebelum fly pulak, pihak unit praktikum minta kami gantikan hari PBS yang tak cukup sebelum raya hari tu..Alhamdulillah, akhwat KL banyak membantu dalam proses pilih sekolah untuk ganti PBS dan sekolah yang dipilih tersebut adalah SK Serdang, dekat je ngan UPM. Sekali lagi dipermudahkan sebab, arah, adik saya study kat UPM, so that boleh minta tolong dia bawak balik kg. naik kereta sebab flight ke Sibu dari Senai. Planning asal nak naik bas je balik kg. Alhamdulillah3x.


Pada hari kejadian, (21 Sept-23 Sept)

21 Sept 2012.
Terbang dari Airport Sibu jam 7 p.m dan sampai LCCT jam 9 p.m.. Proses nak ke rumah akhwat tak lama mana walaupun merasa gak la tidur kat surau tepi foodcourt LCCT sementara tunggu 2 org lagi usrahmate yang sampai jam 11 sebab flight mereka jam 9 dari Sibu. Alhamdulillah dan syukran sangat2 kepada akhwat R.I Jannah, kak a, ah yang ada GPS yang ckp Jepun yang guide kitorang sepanjang perjalanan bersama kak a ah. Sampai Jannah, makan2, taaruf bla bla bla, kami pun berehat sementara menunggu hari esok. dah dekat jam 1 pun time tu..

22 Sept 2012.
Akak2 rumah Jannah tak tidur kot sebab nk prepare makanan untuk rehlah adik2 KMB. Huhu..mantopla diaorang ni. tiba-tiba teringat time prepare rehlah ke sebangkoi sebelum Ramadahan lepas..Pagi tu, kami gerak ke Serdang lebih kurang nak dekat jam 7, Alhamdulillah sampai juga ke sekolah walaupun lambat sket, Again. GPS kak a ah sekali lagi banyak membantu. haha, siap boleh teka dia cakap apa,,sebab semua fokus cari sekolah. Kat sekolah jumpa kakak KPLI yang masuk sama-sama Jun 2009 dan tak disngka-sangka jumpa Azim anak yai Busu, pengalaman yang cukup bermakna kat sekolah tersebut, rasa homey je.. Bla bla bla, habis sekolah kami ke ibooks, yg selama ni tgk kat internet je, kadai buku2 tarbiyah ni dekat je ngan KTM serdang..huhu..silalah datang :))

Again, ntah sesape yang kami jumpa, kami rasa senang dan gembira membina ukhuwah fillah. Sungguh awesome! At tht time they have ISK, and we're not suppose to there..Kemudian, lepas solat jamak ta'dim dan makan tengah hari we've to says Maassalamah. Sebab program utk kitorang akan berlangsung dalam masa 1 jam dr masa tu kat Setiawangsa. Dan bermulalah kembara kami ke Setiawangsa naik KTM Serdang then tukar train kat KL Central. Dari jam 2 30 ptg sampai jam 4 sampailah kami ke Setiawangsa,, bla bla bla,,huhu banyak gak la pengalaman yg diperolehi dn dimasukkan ke dalam beg..hoho..Sangatlah hectic journey tersebut sebab kami perlu patah balik ke Serdang untuk balik Johor malam tu gak.

Maka bermulalah cerita yg saya nak cerita..

we were stucked at UPM's mosque about an hour. Why? What happen???

Disebabkan terlalu kalut nak balik kampung plus dah lambat kot. Masa tu dah jam 9, nak gi Shah Alam hantar Dinah bla bla bla, ntah jam berapa sampai rumah kan.. Masa tengah punggah barang dari kereta kak a'ah ke kereta avanza arwah ayah a.k.a kereta arah, arah tertinggal kunci kereta kat dlm but. Nak cakap apa lagi selain.. "tenang, tenang..ada hikmahnya ni". Nasib baiklah ada pak guard masjid UPM tu ngan abang lori yang kami panggil masa lori tu dah nak gerak. Alhamdulillah, kalau tak, kami ber6 je lah para wanita kuat dan tabah (insyaAllah) ni yang terpaksa hadapi ujian tu.. the burden become less coz we share with others..<3 nbsp="nbsp">

Kami puas cari besi nak buka pintu..sana sini jalan keliling masjid UPm tu..Tetiba saya teringat nak call mak takut dia risau ke apa. Cakap kat Rahmah nak pinjam fon dan lepas settle bagitau mak jangan risau, saya minta tolong Rahmah untuk solat hajat sebab dia ada lagi wudu'.

Tak lama lepas tu, kawan kepada kawan Dinah dtg dengan motornya, 2 org akh. Ntah sapa-sapa lah Dinah panggil..Tak pernah jumpa pun..tapi sebab ukhwah fillah. Mereka datang membantu apa yang patut. Saya dan adik tetiba terkeluar cakap, "dush, nampak baik je dorang ni, tau ke bab2 nak pecah kereta ni..patutnya panggil perompak je tolong"..haha..tapi sapa yang tau katne nak cari perompak kan..

Selepas cubaan untuk bukak pintu sebelah pemandu tak dapat, cuba buka but pulak..tapi still tak dapat. Maka, mereka si lelaki-lelaki kuat tadi pun cuba untuk bukak pintu penumpang belah kiri. dum dang dum dang..bla bla bla.. Saya serabut tak tau nak buat apa, tapi masih bersabar. Nak tolong tapi satu benda pun tak tahu,,tolong tengok je lah..

Tiba-tiba..Dangggg !! pintu belah kiri penumpang dapat dibuka. Alhamdulillah ya Allah,, dengan terujanya saya tunjuk tanda bagus kat Lin yang menemankan Rahmah solat hajat kat luar masjid UPM. Semua tersenyum gembira sambil ucap Alhamdulillah ya Allah. Lin datang je cakap, "lepas je Rahmah habis baca doa, pintu dapat bukak" Ya Allah, SamiunAlim. Maha mendengar lagi maha mengetahui. Menitik air mata merasai kebesaran Allah.


Saya belek-belek terjemahan al-Quran lepas beberapa hari peristiwa ini berlaku dan saya jumpa ayat ini:



...Dan demikian terdapat tanda-tanda Kebesarannya bagi setiap orang yang sangat sabar dan banyak bersyukur. 31:31


.end.

#Bila kita lost masa gedebuk Allah bagi ujian. hanya kesabaran je yang bagi ketenangan..
#"Tak dapat ikut program tarbiyah yg dh di plan tapi tarbiyah sepanjang perjalanan tu yg paling bermakna"
#life is short, so appriciate it! sempat minum air masak je kat rumah...tapi takpelah, at least dapat jumpa mak n adik2 walau pun hanya beberapa jam. : )

*dah nak dekat 3 minggu berlalu, dek kerana tak reti nak urus masa dengan baik, my bad...baru hari ni dapat tekan kekotak "Publish".

* Moga kita semua kuat dan tsabat dalam jalan yg sempit lagi berliku untuk sampai ke destinasi syurga abadi. hoyeah!!!

*sory for the long intro. huhu..the main intention is at the last paragraph..

Assalamualaikum.. Maassalamah ^ ^







No comments:

Post a Comment