Bagai sirih pulang ke ganggang. Less than 12 hours, saya akan berada dalam perjalanan menuju ke rumah arwah atok kelantan.
yeah. for good...(not lah)
1 tahun yang lalu:
-Berniat untuk buat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di negeri kelahiran arwah ayah. Sekolah depan rumah je kot.
7 bulan yang lalu:
-Ambil keputusan yang drastik untuk beli tiket yang murah giler. SIBU-KL; rm50, KL-KB; rm13(tak termasuk bagasi)
Sebulan yang lalu..
-Manage ticket untuk hal balik klate dengan membeli tiket return ke KL untuk sambut raya bersama mak, abang dan adik-adik.
2-3 minggu yang lalu:
-Rungsing dan berdedar-debar untuk kelik klate kerana dop tahu kecek klate. gano nk g skoloh neh?
Semalam
-Confirmkan dengan ayah su masa landing supaya dia dapat atur jadual perjalanan ke airport.
6 jam yang lalu.
-Call Siti sepupuku yang comel lotte untuk beritahu tentang hal depart n arrived esok.
Sekarang
-Housekeeping untuk pastikan semua yang perlu diangkut pulang telah tersimpan dalam bagasi.
note: paksa diri untuk tak tidur sebab uncle Taib (pakcik kereta sapu) akan angkut kami (dina dan kak pynk seawal jam 5 30 esok ! takut tak terjaga dan akan buat org lain susah pula)
#mohon doa diampunkan dosa. Andai ini malam Al Qadr. Alangkah untungnya diri ini#
No comments:
Post a Comment