Tuesday, April 3, 2012

aldehyde+ketone=alone

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang (Sila baca dalam bahasa Arab)

Nak cerita pasal apa ye...heh
Saya perlu tulis sesuatu. Perlu dan perlu!

Sebenarnya banyak juga cerita tentang hikmah perjalanan yang dilalui sepanjang  beberapa bulan ni. Setiap perkara yang berlaku kan ada hikmahnya. Kita manusia hanya perlu berlapang dada..yeah!

Ada hikmahnya bila saya terdetik dalam hati kata "ada sesuatu yang akan berlaku, next"! dan ye. Ia berlaku. Ia terjadi. Kadang-kadang kita tak sedar yang sesuatu yang berlaku itu ada ibrah/pengajaran yang kita perlu ambil darinya. Contohnya kat sini 

Beberapa hari yang lalu, saya dan semua PISMP sem 3 ke rumah orang-orang tua a.k.a Rumah Seri Kenangan, RSK. Kebanyakkan nenek dan atuk yang berada di situ adalah kerana mereka tiada siapa-siapa di dunia ini untuk menjaga/temankan mereka jika mereka tidak berada di RSK. Means, they don't have anybody/ relatives in this world. haha.Sama je kan maksudnya. : )

Bila melihat mereka, hati terdetik, "di mana saya bila saya seusia nenek dan atuk ini?"
kadang-kadang..boleh juga selalu untuk kita ingatkan diri sendiri bahawasanya kita tak tahu pun apa yang akan berlaku next, walau serapi manapun kita rancang hidup kita..Lepas belajar, nak kerja kat mana? Lepas kerja, nak beli kereta apa? Bila nak kahwin..and so and so...Tapi still kita hanya mempu merancang dan Allah maha penentu segalanya.

Dan, bila melihat diri mereka yang keseorangan, maksudnya, tiada siapa yang dapat meneman mereka meniti usia senja, saya pantulkan (reflect) kepada diri saya juga kepada manusia,orang,  insan yang Allah ciptakan. Hakikatnya kita sendirian. Sendirian dalam segala aspek keinsanan. Kita sendiri yang perlu solat, bila masuknya waktu. Mana boleh suruh orang solatkan untuk kita, kecuali bila kita dah berpakain serba putih  dan ada kapas dalam hidung kita! gulp.
Kita sendiri nak melawan syaitan durjana yang bergayut dikelopak mata tatkala tajuk sirah sedang dibentangkan oleh usrahmate. Yeah! takda siapa yang boleh tolong bukakan hati kita melainkan kita buka hati kita sendiri untuk terima teguran daripada sahabat sampai ke syurga kita. Tiada yang lain melainkan diri kita. Diri anda dan diri saya sendiri.

Pesanan untuk diri sendiri yang selalu sangat lupa dan bila down mula teraba-raba cari apa benda yang boleh jadi sandaran hati untuk terus berusaha jadi seorang hamba yang beri manfaat untuk hidupnya.

-Ingat 5 perkara sebelum lima perkara..
-Dan, bila baca surah Ar-rahman, silalah buka hati dan faham ayat yang selalu diulang-ulang Allah.."nikmat apa lagi yang kamu nak dustakan"





*Kalau tak ada program Bina Insan Guru BIG yang memerlukan kami ke RSK, mungkin tak jejaklah kaki saya ke sana. Ada hikmahnya.Yeah!

Semua orang nak jadi terbaik kepada diri sendiri untuk keuntungan diri sendiri juga untuk orang lain dan keuntungan orang lain. live life to the fullest!!


*Al fatihah untuk arwah ayah 'Aina Mardhiah Binti Mohd Zulkifli.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment