Thursday, January 28, 2016

10 TIPS URUSKAN KEWANGAN- DR AZIZAN OSMAN

10 TIP URUSKAN KEWANGAN

Bersediakah anda untuk hadapi kemelut ekonomi yang kini sedang berlaku di seluruh dunia? Apa yang boleh anda lakukan?

Jawapannya, Uruskan Kewangan Anda.

Pelajari tip-tip mudah ini, bagaimana anda boleh menguruskan kewangan dengan lebih baik?


#1 UPGRADE DIRI SUPAYA DINAIKKAN GAJI

Jika anda bekerja, upgrade diri supaya dinaikkan gaji. Anda boleh sambung belajar secara part-time sambil bekerja.
Faktor kelulusan banyak mempengaruhi gaji seseorang di banyak syarikat atau sektor kerajaan.


#2 TUKAR KERJA YANG LEBIH TINGGI GAJINYA

Tukar kerja yang lebih tinggi gajinya. Cuma masalah ini hanya berbentuk strategi jangka pendek.
Atau upgrade ilmu serta kemahiran anda untuk melayakkan diri mendapatkan gaji yang lebih tinggi.


#3 BERNIAGA ATAU MEMBUAT PELABURAN

Berniaga atau membuat Pelaburan samada secara sepenuh masa atau sampingan. Cuma jangan mula dengan modal yang besar serta mestilah bersedia untuk belajar ilmu berniaga dan melabur samada melalui membaca buku yang bagus atau hadir ke seminar yang terbukti melahirkan ramai orang yang berjaya.


#4 BELAJAR URUSKAN DUIT


Yang paling penting adalah belajar uruskan duit kerana duit yang sikit boleh jadi banyak jika diuruskan dengan baik. Begitu juga sebaliknya, banyak boleh jadi sedikit atau habis jika anda tidak pandai uruskan.


#5 TAHAN NAFSU


Tahan nafsu. Berhenti belanja makan di luar. Kurangkan window shopping. Kurangkan ke tempat yang mampu “menggalakkan” kita berbelanja mengikut “nafsu”. Kurangkan kos, kurangkan kos dan kurangkan kos.

#6 SIMPAN DUIT, SIMPAN DUIT & SIMPAN DUIT


Simpan duit, simpan duit dan simpan duit. Ini nasihat yang paling asas sebelum anda ada ilmu “memberanakkan” duit. Walaupun belum tahu berniaga atau melabur, anda mesti simpan sedikit duit secara berdisiplin.

Set sasaran atau target berapa anda mesti simpan setiap bulan dan pastikan duit itu TIDAK BOLEH digunakan langsung melainkan bila anda ada ilmu pelaburan yang betul.


#7 JANGAN SERTAI SKIM CEPAT KAYA


Jangan sertai skim cepat kaya atau meminjam untuk masuk skim cepat kaya. Berhati-hati dengan pelbagai skim yang boleh “menghilangkan” duit anda apatah lagi jika ianya disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia. Sentiasa berwas-was dan pastikan anda menyelidik dengan lebih lanjut tentang skim yang ditawarkan.


#8 TAHU KEHENDAK, TAHU KEPERLUAN


Tahu Kehendak, Tahu Keperluan. Kehendak dan keperluan adalah dua maksud yang berbeza. Lumrah manusia mempunyai kedua-duanya. Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita mempunyai pilihan untuk mengawalnya. Utamakan keperluan dari kehendak.


#9 JANGAN BERHUTANG DAN MENAMBAH HUTANG


Jangan berhutang dan menambah hutang. Belanja memang seronok. Nak membayarnya yang tak senang. Banyak hutang boleh menyebabkan hati tak tenang. Bila tak tenang, rezeki pun susah nak masuk.


#10 PERBANYAKKAN SEDEKAH


Sedekah. Sebab sedekah telah terbukti memberikan keberkatan kepada rezeki kita. Cuba mulakan dengan jumlah yang paling kecil yang kita mampu. Dan lakukan secara konsisten. Anda akan merasai keberkatannya nanti.


..yesterday you said tomorrow..just do it! 


No comments:

Post a Comment