Sunday, October 28, 2012

dia sentiasa 50

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


Hari ini secara tahun masihinya genaplah umur ayah 53 tahun. Tapi, ayah sentiasa 50.
Huhu..rindunya kat ayah, moga ayah tenang kat sana..

ayah selalu ingatkan kami adik beradik soal kematian. Dan bila ayah keluar empat puluh hari dan keluar jauh-jauh, dia sentiasa ingatkan kami yang itu adalah sebagai persediaan bila dia dah tiada. Ya betul, kata-kata ayah tu sememangnya betul, selepas ayah meninggalkan kami semua, saya rasa dan anggap ayah takda kat rumah sebab keluar berdakwah..tak terasa sangat ayah dah memang takda kat atas bumi Allah ini.

Sejak saya ikut jalan tarbiyah dan dakwah ini, selalu hati terdetik bila ke program daurah..terdetik kat hati, bila balik rumah nanti nak cerita kat ayah apa yg sy dah dapat. Terdetik nak tanya ayah itu ini Tapi, saya cepat-cepat sedar, ayah dah tak ada..

Dan selalu juga hati terdetik nak tanya ayah tentang cara nak mengajar, nak buat kajian bla bla bla kat ayah, tapi end up dengan saya sedar ayah dah tiada kat atas bumi Allah ni..

kadang-kadang terfikir juga saya, apa yang ayah sedang buat dan adaakah nanti saya dapat jumpa ayah kat syurga. (Moga saya dan kita semua sentiasa dalam lindungan Allah..) Bukankah kat  padang mahsyar, bila manusia dibangkitkan, ada berribu-ribu juta manusia, dapat ke saya jumpa ayah..

Ayah tiada tandingnya. jumpakah saya dengan pengganti ayah di hati saya kat dunia ni??? persis macam ayah..yang jaga solat awal waktunya, yang jaga tahajudnya, yang bila nak musafir akan solat sunat dahulu.bila jalan jauh, ada halaqah quran dalam kereta..hmm.sampai sekarang, tak jumpa lagi orang yang sama macam ayah..moga abang, saya dan adik2 dapat jadi macam ayah..rindunya kat ayah.. no one of us are like ayah..kene usaha atas iman. Ayah selalu pesan, suruh dakwah adik2, ceritakan kebesaran Allah. dan lihat kebesaran/kehebatan Allah tu takda bandingnya.. Allah maha kuasa makhluk takda kuasa. selalu ayah ulang2 perkataan ni kat mana-mana pun, bila balik sekolah, bila kat dalam kereta, kat mana-mana..moga saya tegar jd da'e seperti ayah.

Saya sedang berusaha untuk jadi anak soleh yg dapat terus bagi pahala pada ayah..
Ayah dekat. dekat je ngan rumah..kat kawasan perkuburan kampung sebelah,,tapi rasa jauh,,Ada ketikanya, saya sedang duduk membaca yassin kat surau malam jumaat, rasa seakan ayah memberi salam senyum kat saya. rasa tenangnya ya Allah..Pernah juga saya mimpi ayah tersenyum puas kat saya, sangat puas senyuman ayah, gembira tak terkata, saya panggil ayah kuat-kuat tapi ayah pergi...tiba-tiba saya terjaga...jumpa sekejap je walau dalam mimpi dah cukup syukur bagi saya..

Saya sedar satu hari saya akan jadi seperti ayah juga, kembali kepada tanah. tapi, kadang-kadang saya leka dan lupa untuk berusaha sekuatnya agar senang hidup kat sana..

Bila hidayah menyapa, saya sedar ini semua berkat doa ayah yg tak putus-putus agar anak2nya berjaya dunia akhirat..syukur sangat. moga dapat pegang hidayah ni sampai ke hujung nyawa saya..

# 28.10.1959- 22.4.2010
#Al fatihah untuk arwah Mohd Zulkifli Bin Mohd Nor.

1 comment:

  1. sama2 kita doakan org tua kita sentiasa...

    jum sama2 tingkatkan mujahadah

    ReplyDelete