Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah
3 Januari 2012
Bermulalah pengembaraan saya semula ke bumi Rajang yang indah dan melambai-lambai. Terbang ke tempat mencari ilmu ditemani azam dan semangat lama yang diperbaharui. Yeah! lagi 3 tahun bermula hari ini. Umur pun lagi beberapa hari akan menjangkau ke angka 2 berganda. Azam saya semestinya untuk jadi semakin matang. Pengalaman cuti Disember lepas dah cukup untuk menolak saya terus kehadapan dengan penuh semangat.!
4 Januari 2012
Hari pertama duduk di kerusi pelajar Semester 3 tahun ke dua program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Saya pilih duduk dihadapan sekali. Tak curi-curi tidur lagi. Itu azam baru saya bila kaki melangkah masuk ke kelas itu. Hari ini, saya berusaha untuk tahan mengantuk. Major Problem saya bila berada dalam kelas yang dihadapannya ada pensyarah yang sedang menerangkan sesuatu perkara baharu yang agak membosankan atau kurang menarik minat atau saya memang tak tahu menghargai manusia bernama guru yang penat bercakap dihadapan demi memastikan murid-muridnya faham apa yang diperkatakan. Saya minta rakan disebelah mencubit tangan saya untuk menghilangkan rasa mengantuk dan dia berkesan! sungguh berkesan. Lari kesakitan syaitan-syaitan yang kipas saya sehingga saya terbuai-buai dengan rasa mengantuk. Hilang rasa mengantuk dan saya duduk tegak dan cuba untuk tekun mendengar apa yang disampaikan oleh encik tersebut. Hari ini hari pertama saya rasa saya perlu menjalani proses adapt untuk beberapa waktu bagi waktu pensyarah yang saya kagumi dengan penampilannya seperti saintis ataupun professor yang sangat rajin berfikir. Oh, terlopong mulut saya seketika bila saat dia berkata-kata. Saya tak boleh terima dia berbahasa Melayu. Tak Boleh. Sebab itu saya perlu adapt dengan perkara ini untuk beberapa waktu lagi. Saya harap proses adapt tersebut tak memakan jangka masa yang lama. Habislah saya kalau sampai akhir semester pun saya tak dapat adapt lagi dengan benda ni..Bukannya apa, semester ketiga suatu ketika dahulu, beliau mengajar saya dan bertutur fully in english sampaikan kami, pelajar-pelajarnya berusaha gigih untuk menysun ayat apabila bertanya menggunakan bahasa Inggeris. Sehinggakan kami menyangka beliau tidak tahu berbahasa Melayu. Dalam otak saya dah tertaman rasa percaya yang pensyarah itu tidak tahu bertutur bahasa Melayu. Oh untuk kali kedua!
...
..tahun ini semester tiga ijazah. tiba-tiba masa basuh kain saya terpandang orang usung reket dan saya terfikir...tak boleh duduk saje nih..ni tahun last untuk mantapkan segala skill apa yang patut sebelum jadi cikgu. sekali cikgu Selama-lamanya cikgu yang TERBAIK!!yeah!!
Seorang yang BIJAK akan sentiasa BERSEMANGAT untuk capai cita-cita jadi CIKGU YANG BAIK dan ANAK yang SOLEHAH. Saya SANGAT RAJIN dan FRESH time belajar untuk jadi INSAN BERGUNA!!
~dah 22 dan arrrrrrrrrrggggghhh!! pergi jauh jauh lah rasa xbest nih..
~Doakan saya ye sahabat-sahabat^^
No comments:
Post a Comment