Monday, November 14, 2011

Hikmah perjalanan...

Assalamualaikum w.b.t..apa khabar? sihat? Alhamdulillah..

Hari ini masih lagi hari dalam minggu belajar (study week). Esok, lusa dan tulat adalah hari peperiksaan bagi kertas PKP 3103 (Perkhidmatan Dalam Pemulihan), PKP3104 (Kemahiran Pengamatan) dan BMM 3101 (Huraian Sukatan Pelajaran BM Sek. Rendah). Ada berbaki beberapa hari lagi sebelum saya pulang ke kampung halaman untuk bercuti...Yeah!!! dah lebih dua bulan meninggalkan mak di kampung..huh.patut pun hati ni rasa macam nak pecah! kadang-kadang rindu yang bertandang tak boleh nak disimpan, sampaikan terkeluar menjadi jeritan kecil..kecil ke??? ^____^

Walaupun sibuk dengan study,, sibuk lah sangat,,,(boleh pulak menulis kat blog..kan) saya masih boleh berjalan-jalan ke sibu, of course, berjalan dengan tujuan meneman kawan mencari barang membuat kek keju..tapi hampeh, tak jumpa walaupun mencari di dua buah pasaraya besar. Dengan pelbagai dugaan yang melanda...hanya Allah dan kami je yang tahu...

Perasaan yang celaru dan otak yang serabut memikirkan antara berjalan suka hati dengan hati gundah gulana (sebab bukan ada duit nak membeli pun) dan buku-buku yang meronta-ronta minta dibaca. Puas mencari barang kawan tadi, saya rasa tekanan yang amat, sudah lah pasaraya tersebut luas yang amat..Seriously, bored..(duit xda kan..) Nak beli shokobutsu pun berkira-kira. Seriously, duit cukup-cukup untuk tampung perbelanjaan seminggu sebelum terbang pulang. Sudahnya kami mencari kerusi untuk lepaaskan lelah dan mengeluarkan nota dari dalam beg untuk dibaca sambil makan Iglool perisa coklat dan strawberi..lol.
..

Dalam hati saya, tak tau nak cakap macam mana..bosan! ye bosan...walaupun berada di tempat yang memberi keseronokkan..i.e membeli dan belah.. Rasa terseksa jiwa dan raga bila berda di tempat yang tak sepatutnya pada masa yang tak kena. Tapi, saya cuba tenangkan diri...pasti ada hikmahnya kenapa saya di sini... YA! memang ada hikmahnya. hikamahnya, saya dapat meleraikan diri dari rantaian dosa...ye.. selama ini saya dah silap faham dan bersangka buruk dengan orang...Alhamdulillah, dalam pada hati dan jiwa rasa gundah kerana berada di tempat yang silap pada waktu yang silap, saya dapat meleraikan satu perasaan buruk sangka yang selama ini bersarang di hati...Akhirnya segala yang tersimpan selama hampir satu semester ini dapat diselongkar..Alhamdulillah ya Allah. Berbualan pendek yang bermakna. Apa yang sangat bermakna...nanti-nantilah saya cerita..hehe(bajet blog ni memang orang ikut..),,Tiba-tiba saya teringat surah Al-hujurat ayat 12..memang ada kena mengena dengan apa yang saya lalui pada perjalanan tersebut.. Cuba buka tafsir anda...cuba tadabbur ayat 12 tu..betul kan??...jauhi prasangka dan jangan mencari kesalahan orang..

yeah..hikmah perjalanannya.
: jangan buruk sangka dan cari kesalahan orang.
: Setiap perjalanan yang dilalui pasti ada hikmahnya..Susah atau senang.. bosan atau gembira..yes..Sabar..kemenangan itu milik orang yg bersabar.

..

Baiklah..nak sambung study..Doakan saya dapat jawab soalan dengan baik ye!!

*dah 2 hari xde current kat tingkat atas asrama ni..hmm...sekarang orang..(sambungan..tiba-tiba laptop terpadam sebab low bet..Alhamdulillah sekarang dah ada elektrik.)

Assalamualaikum : )

Tanjung Batu, Bintulu,Sarawak






~segalanya yang ku kecapi adalah milikMu ilahi,,,tuhan maha pemurah..
takkan terbalas walaupun sebesar zarah. Suka lagu ni...Erti Syukur oleh UNIC.

No comments:

Post a Comment