Saturday, August 13, 2011

iftar hujung minggu di perantauan

Jam menunjukkan pukul 5 55 p.m
aku cuba untuk bergerak pantas namun dihalang oleh pemain mp3 yang berkelip-kelip minta di'charge'.
..
Nak masak kari ayam dulu ke nasi dulu..
nasi dulu ke kari ayam dulu
atau kentang dulu
atau masak nasi kentang

jam di skrin laptop jepat sahaja bertukar minit..

aku masih berkira-kira

"kalau macam ni, buka dengan air masak je lah jawabnya hari ni"..
aku bingkas bangun dan membuka locker lalu menyelongkar plastik hitam yang ada beras di dalamnya.

Satu cawan setengah cukuplah..

...

jam 6 12 p.m

Badan periuk nasi Dekka yang aku kongsi beli dengan ika dan alia aku keluarkan pantas dari bawah katil..

Tin kari ayam yoes yang terpapar gambar chef Wan aku letak pada tempat pengukus..

Tudung periuk dicapai lantasaku alih pemicunya ke tanda "cook"


...

tap...

tanda "cook" beralih ke "warm"

Alhamdulillah dah masak!

menu hari ini nasi saja bersama kari ayam dalam tin.




saat ak tekan "publish post" Muazzin sedang mengalunkan azan tanda waktu berbuka bg kawasan zon 5 Matu, Belawai, Daro, Sarikei, Bintangor, Rajang, Sarawak

hmmmm...

-Assalamualaikum-
selamat berbuka puasa..


No comments:

Post a Comment