Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
SMJK YOKE KUAN
6B1
Julai 2008
fiza
Seriously, dia seorang yang sangat kuat
Seorang yang tidak mudah putus asa
Dia seorang yang tabah
Moga dia sentiasa dalam rahmatNYA walau dimana dia berada.
3 tahun yang lalu, saya, seorang yang masih tercari arah tujuan hidup, ditakdirkan berjumpa semula dengan seorang kawan yang secara psikologinya telah menggugat emosi saya tatkala saya, seorang remaja yang masih terkapai-kapai memilih identiti diri. 5 tahun sebelum kami dipertemukan semula oleh takdir ilahi, kami adalah kawan sekelas di tingkatan 1A di sebuah sekolah yang melahirkan ramai anak petani yang terbang tinggi jauh hingga ke University of Wisconsin, di Madison mahupun menerbangkan anak kaunselor yang nun tercampak jauh di IPG Kampus Rajang, Sarawak.. :)
Di akhir tahun 2003, cuti akhir penggal persekolahan juga cuti hari raya Aidilfitri, dia utuskan kad raya yang diletakkan di pintu pagar rumah saya. Isi kad raya itu amat terkesan di hati saya.
Malah memberi kesan kepada sikap saya selepas cuti akhir penggal tersebut, iaitu sewaktu saya melangkah ke tingkatan dua. Nak tahu apa isi kadungan kad raya tersebut??
Sila tunggu di lain post. Tunguuuu....
Malas eh, nak tunggu-tunggu kan...
Dalam kad raya tu dia tulis ucapan hari raya lah. Kad raya tu juga adalah ucapan perpisahan, sebab dia pindah pulang ke kampung asalnya, di Sabah. Orang sabah bah. Selain isi penting yang telah mengubah saya 360 darjah lebih sikit. Isi tersebut lebih kurang ditulis begini"jangan asyik senyum je, dah macam kerang busuk"
gluuup..
Time form 2, saya terus senyap..masam mencuka...sampai sekali lagi saya dapat kad raya pada raya tahun 2004 yang berbunyi lebih kurang begini "aina, senyumlah. Jangan asyik nak masam je.
Errrkk...
Ikut sangat cakap orang, kan dah jadi macam petani dan anaknya dengan keldai. (betul ke tajuk cerita dongeng ni?)
Main point post ini bukanlah untuk cerita kepelikkan zaman mencari identiti diri saya, tetapi nak cerita tentang seorang sahabat saya yang sangat tabah dalam hidupnya..(Serius, kalau kau terbaca blog ni fiza, aku salute kat kau lah).
Cerita ini adalah dari sudut pandangan mata hati saya semata-mata sebagai seorang sahabat yang bersama-sama mengharungi kepayahan dan segala kerungsingan memikirkan pointer yang tak sampai 1.0 pun sewaktu berada di tingkatan enam. Saya dalam aliran fizik dan dia dalam aliran biologi. Yang boleh didabikkan dada adalah, hanya kami berdua sahaja pelajar muslimah yang menuntut ilmu di tingkatan enam sekolah aliran cina tersebut.
Sewaktu mula-mula berjumpa dengannya di bawah kanopi besar, di kawasan tapak perhimpunan sekolah selepas 5 tahun berpisah, dia berbahasa pekat loghat Sabah. Saya sememangnya terkejut kerana tidak menyangka sama sekali mahupun dua kali dengan kemunculannya pada hari tersebut.
Berbagai konflik yang dihadapinya sehingga membawanya semula ke sekolah cina itu pada hari terebut. Dia berhijrah semula ke bumi makmur dengan sawah menghijau terbentang luas itu.
Kami mengharungi sisa-sisa setengah tahun 2008 dengan perasaan yang sukar ditafsir. Pada saya, setengah tahun itu, kalau diulang semula saya sanggup lari laju jauh berbatu daripada menghadapinya. Setengah tahun yang penuh dengan kekecewaan. Setengah tahun yang penuh dengan kecelaruan jiwa. Setengah tahun yang penuh dengan harapan yang dipintal-pintal untuk disambung semula selepas ia rapuh dan putus.
Saya cuba sedaya upaya untuk setkan minda saya untuk terima semua ketentuan ilahi. Saya gagahkan juga menghadapi hari-hari pada setengah tahun itu. Begitu juga dengan dia. Dia lebih cekal dari saya. Saya tahu itu. Walau saya, hari-hari mengungkapkan kata-kata motivasi untuk diri sendiri juga untuk dikongsi dengannya.
Saat permulaan hari saya berasa berat setiap pagi. Dia, sejak pagi yang hening lagi sudah berjalan kaki bersama sekaki payung dengan beg penuh dengan buku rujukan juga teks biologi di sisi. Kurang lebih dua ke tiga kilometer setiap hari dia berjalan kaki. Ya, berjalan kaki. Dia katakan pada saya bahawa dia sudah biasa berjalan kaki. Bukanlah menjadi satu kejanggalan di Sabah, bagi pelajar yang berulang-alik ke sekolah dengan berjalan kaki.
Saya kagum dengannya sebab itu. Bukan itu sahaja.
Di baki hari tahun itu, pintalan harapan itu sedikit demi sedikit terlerai jua. Saya menyeka air muka yang saya seka sejak permulaan separuh tahun itu. Surat pindah sekolah adalah jalan muktamad saya.
Saya tinggalkannya demi perjalanan mencari erti sebuah ketabahan dan kekuatan meneruskan hari esok yang samar. Dia. tetap di sana. Seorang diri berkepala putih ditengah-tengah manusia berkepala hitam. Bersama sebuah motivasi diri yang sehingga kini saya masih mencari.
Sehingga saat saya mendapat harapan baru. Dia masih setia menanti hari esok yang dirasakannya ada cahaya.
Dia. Seorang anak yang taat.
Seorang kakak yang tabah.
Seorang penuntut yang setia.
Dalam diam-diam, hati saya berbicara. Saya perlu jadi sepertinya!
p/s: Entah di mana dia berada..hmmm
No comments:
Post a Comment