Ralit memasukkan helaian muka depan folder, Wyn, roommate saya yang comel itu dari atas katilnya mengingatkan bahawa hari ini 13 Julai 2011, genap 2 tahun kami di sini...Cepatnya masa berlalu. Dua tahun yang lalu, apabila ada yang bertanya, "berapa tahun lagi study", mulut dengan lambat-lambat dan suara seakan berbisik berat untuk mengatakan bahawa ada 5 tahun setengah lagi untuk kami menuntut ilmu di sini. Lama bukan? Tapi hakikatnya...anda sendiri boleh menafsirkan apa pepatah yang selalu disebut orang bila berkata tentang masa..
Titik-titik air yang jatuh dari rongga hidung saya mengingatkana saya betapa indahnya nikmat sihat yang Allah beri pada hari-hari semalam...
.......
Perjalanan kami..sekarang dan dahulu
Moga saya dan mereka tidak jadi orang yang rugi.
Tadabbur surah Al A'nsr.
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment