Assalamualaikum.
Selamat bercuti kepada kamu lagi-lagi kalau kamu cikgu
huhu
.
.
.
.
kembali kepada tajuk di atas
Bagaimana cara terbaik terima teguran?
Pertama sekali : Kalau anda rasa anda salah, anda diam dan dengar.
Kedua : Kalau anda rasa anda betul, anda diam dan dengar.
Ketiga: Kalau anda rasa anda tak tahu apa apa, anda diam dan dengar.
Keempat : Senyum. Tak perlu kata apa-apa. : )
Kelima : Minta maaf. Seandainya anda di pihak benar sekali pun, apa salahnya sekali sekala anda rasa anda bersalah. Maksud saya turunkan ego anda untuk berhadapan dengan situasi ini. Seandainya ego anda tidak tertahan-tahan lagi untuk membentak, cepat-cepatlah tinggalkan tempat di mana anda ditegur.
..
Quote of the day:
"Maafkan aku andai kiranya aku menarik kaki kirimu, bila mana kaki kananmu sudah melangkah ke syurga. Kerana mungkin kamu tak mahu aku terluka dek teguranmu sewaktu di dunia."
Tegurlah aku kiranya aku leka.
Ingatkan aku bilamana aku lupa.
Beritahuku kiranya aku tak tahu.
- kerana aku adalah sahabat kamu -
Terima kasih kepada anda, anda dan anda..sebab anda saya sedar dari terus terleka...
Maaf, maaf, maaf..andai kata-kata saya buat anda, anda, dan anda terluka..
Sememangnya yang sihat itu pahit, yang benar itu sakit : )
mood saya serius kot sekarang ini...Sebab ini memmang benda yang serius...
Saya dah banyak sangat gelak mungkin.
Saya dah banyak sangat gelak mungkin.
Sekian.
No comments:
Post a Comment