Assalamualaikum
Moga saya, awak, kita semua sentiasa dalam rahmat Allah swt
Apa azam tahun baru awak?? dah masuk tahun baru Islam...
Eloklah kiranya kalau kita dapat berazam supaya hidup lebih teratur, dan ada arah tujuan hidup sebenar..kan..
Saya, hamba yang kurang ilmu, sikit pengalaman hidup ini nak kongsi something yang boleh kita jadikan azam untuk dilaksanakan sepanjang tahun baru ini seterusnya sepanjang hidup kita.. insyaAllah...
1. Banyakkan amal ibadat
Perbaiki ibadah yg wajib dan perbanyakkan amalan sunat
2. Muhasabah diri sebelum datang siang..(maknanya sebelum tido lah..)
berdoalah semoga esok lebih baik dari hari ini
3. Perbaiki Akhlak dari masa ke semasa
Akhlak dengan ibu bapa (redha Allah datang dari redha ibu bapa), kaum keluarga, dan sahabat( penting
berakhlak mulia dengan mereka coz all the time hidup kita dikelilingi mereka)..always think positive!
4. Ikhlas
Walaupun berat rasa hati...try untuk ikhlas dalam melaksanakan tugas...
Sesuatu yang datang dari hati, hasilnya tentu baik sekali..insyaAllah...
Jangan mengungkit segala apa kebaikan yang kita dah buat..tak ke rugi kalau penat-penat kita buat, tapi
tak dapat pahala sebab tak ikhlas..fikir-fikrkanlah wahai saya..
5. Target
Matlamat..jangka panjang atau jangka pendek...Everything must be plan well..
hidup kalau xde matlamat umpama kapal layar kertas. Campak ke air pun x gerak-gerak. Kalau gerak
pun x ke mana..akhirnya..jadi sampah..nak ke camtu??
6. Sentiasa ingat mati
Umur koho tua..Tak tau bila maut datang menjelma...Buat dan capai semua azam kat atas ni..Hidup cuma
sekali, kalau tak buat menyesal nanti...ye saya!
Agar hidup tak sia-sia..berazamlah wahai saya, awak dan kita semua..
Moga P.E.R.J.A.L.A.N.A.N hidup kita semua dipermudahkan Allah..ameen..
aku suke num 6 kak ..hehe
ReplyDelete=) gud luck for this year mal..
ReplyDelete