Thursday, January 28, 2016

10 TIPS URUSKAN KEWANGAN- DR AZIZAN OSMAN

10 TIP URUSKAN KEWANGAN

Bersediakah anda untuk hadapi kemelut ekonomi yang kini sedang berlaku di seluruh dunia? Apa yang boleh anda lakukan?

Jawapannya, Uruskan Kewangan Anda.

Pelajari tip-tip mudah ini, bagaimana anda boleh menguruskan kewangan dengan lebih baik?


#1 UPGRADE DIRI SUPAYA DINAIKKAN GAJI

Jika anda bekerja, upgrade diri supaya dinaikkan gaji. Anda boleh sambung belajar secara part-time sambil bekerja.
Faktor kelulusan banyak mempengaruhi gaji seseorang di banyak syarikat atau sektor kerajaan.


#2 TUKAR KERJA YANG LEBIH TINGGI GAJINYA

Tukar kerja yang lebih tinggi gajinya. Cuma masalah ini hanya berbentuk strategi jangka pendek.
Atau upgrade ilmu serta kemahiran anda untuk melayakkan diri mendapatkan gaji yang lebih tinggi.


#3 BERNIAGA ATAU MEMBUAT PELABURAN

Berniaga atau membuat Pelaburan samada secara sepenuh masa atau sampingan. Cuma jangan mula dengan modal yang besar serta mestilah bersedia untuk belajar ilmu berniaga dan melabur samada melalui membaca buku yang bagus atau hadir ke seminar yang terbukti melahirkan ramai orang yang berjaya.


#4 BELAJAR URUSKAN DUIT


Yang paling penting adalah belajar uruskan duit kerana duit yang sikit boleh jadi banyak jika diuruskan dengan baik. Begitu juga sebaliknya, banyak boleh jadi sedikit atau habis jika anda tidak pandai uruskan.


#5 TAHAN NAFSU


Tahan nafsu. Berhenti belanja makan di luar. Kurangkan window shopping. Kurangkan ke tempat yang mampu “menggalakkan” kita berbelanja mengikut “nafsu”. Kurangkan kos, kurangkan kos dan kurangkan kos.

#6 SIMPAN DUIT, SIMPAN DUIT & SIMPAN DUIT


Simpan duit, simpan duit dan simpan duit. Ini nasihat yang paling asas sebelum anda ada ilmu “memberanakkan” duit. Walaupun belum tahu berniaga atau melabur, anda mesti simpan sedikit duit secara berdisiplin.

Set sasaran atau target berapa anda mesti simpan setiap bulan dan pastikan duit itu TIDAK BOLEH digunakan langsung melainkan bila anda ada ilmu pelaburan yang betul.


#7 JANGAN SERTAI SKIM CEPAT KAYA


Jangan sertai skim cepat kaya atau meminjam untuk masuk skim cepat kaya. Berhati-hati dengan pelbagai skim yang boleh “menghilangkan” duit anda apatah lagi jika ianya disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia. Sentiasa berwas-was dan pastikan anda menyelidik dengan lebih lanjut tentang skim yang ditawarkan.


#8 TAHU KEHENDAK, TAHU KEPERLUAN


Tahu Kehendak, Tahu Keperluan. Kehendak dan keperluan adalah dua maksud yang berbeza. Lumrah manusia mempunyai kedua-duanya. Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita mempunyai pilihan untuk mengawalnya. Utamakan keperluan dari kehendak.


#9 JANGAN BERHUTANG DAN MENAMBAH HUTANG


Jangan berhutang dan menambah hutang. Belanja memang seronok. Nak membayarnya yang tak senang. Banyak hutang boleh menyebabkan hati tak tenang. Bila tak tenang, rezeki pun susah nak masuk.


#10 PERBANYAKKAN SEDEKAH


Sedekah. Sebab sedekah telah terbukti memberikan keberkatan kepada rezeki kita. Cuba mulakan dengan jumlah yang paling kecil yang kita mampu. Dan lakukan secara konsisten. Anda akan merasai keberkatannya nanti.


..yesterday you said tomorrow..just do it! 


Saturday, January 23, 2016

Amalan kaya berjaya dunia akhirat..

Kebanyakan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga khususnya pasangan yang masih muda masih lagi tercari-cari cara yang terbaik untuk menguruskan perihal kewangan rumah tangga mereka.Soal belanja dalam melangsungkan kehidupan boleh menjadi menjadi isu serius dan menimbulkan masalah besar dalam keluarga.
 
Kadang-kadang kita sering merungut dan terlupa bahawa perkahwinan ini adalah satu ibadah.Lagi banyak kita memberi kepada pasangan dan keluarga,lagi banyak lagi pahala dan ganjaran yang dikurniakan Allah. Percayalah setiap rezeki itu sudah ditetapkan oleh Allah SWT. 
 
Kami nak kongsi dengan anda kisah pasangan ini yang oleh dijadikan sumber inspirasi untuk kita semua.Pada mulanya mereka memang tiada apa-apa tetapi atas usaha gigih dan berkat doa, akhirnya Allah memakbulkan doa mereka dan memberi rezeki yang melimpah ruah serta perniagaan yang mereka kendalikan bertambah maju. Jom kita ikuti rahsia pasangan ini.
 
"Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lps belajar . Lepas kawin 'kosong ' , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nk niaga . Kami naik smpai sekarang dgn berpaksi kn hidup nk berubah demi Allah . Dr zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata byk jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole sng mcm sekarang . Kita kekdg lupa Allah ada . Byk cara sbnrnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia . Kalau mintak kt manusia sapa nk layan.
Dulu tak solat, smpai lupa dh ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat , tak bole tgl , kena sungguh2 taubat
Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha , tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah.
Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nk berniaga jugak .
Dlu sy igt hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sbnrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dr dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . - ayat seorang jahil . Astagfirullah
Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.
✅ Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah
✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000
✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..
✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak
**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**
✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT
1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2⃣ Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..
✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3⃣ Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!
✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..
4⃣ Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,
Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..
Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal
9 kali kena yakin!!

5⃣ Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6⃣ Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7⃣ Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!
TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU
Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..
Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..
Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua...
Salam..."  
 
Semoga kisah pasangan ini secara tidak langsung membuka mata kita untuk berhijrah demi kebaikan dan kehidupan yang sempurna tanpa terlalu mengejar kemewahan dunia.

Sumber dari Facebook Mentari Hidup Full

Dengarkan Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm

sumber: www.sinar.fm



Saturday, January 2, 2016

Tips Packing Barang untuk wanita..

Assalamualaikum..
dah 2 januari 2016..

Tup tup..esok dah sekolah bagi sekolah- sekolah di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

Tup..tup..esok dah kena balik masuk ke Pedalaman..Nak balik sekolah ni, memang long list untuk packing.. Kalau 'Packing Cara Saya'.. Masa nk balik rumah saya dah senaraikan apa barang yang perlu saya bawa balik ke sekolah..Balik kali ni naik Air Asia dan ambil bagasi 20kg je..

'Tips Packing Barang Ikut Cara Saya'

1.Senaraikan barang yang nak di bawa balik ikut kategori.
   contoh: -pakaian
                -Toilettries
                -Buku
                -Ubat
                -Makanan

2. Start kemas baju dahulu..
    Packing ikut keperluan, yang mana perlu dimasukkan ke dalam bagasi untuk kargo dan yang mana     untuk di bawa ke dalam kabin...

3.Pastikan ruang di dalam bagasi dipenuhkan semaksimanya.. Nak senang lagi guna vacuum bag..          Banyak ruang dalam bagasi dapat dijimatkan.




4. Pastikah dokumen perjalanan lengkap dan di bawa bersama dalam bag pack@hand bag..


Selalunya bila balik Sarawak saya akan bawa sekali woven bag untuk beli roti gardenia atau kek pisang di Airport..takdalah nanti perlu menjinjit beg plastik penuh roti..hehe..

Selamat Kembali Ke Sekolah Cikgu-cikgu Pedalaman Sekalian.. Wassalam.










Wednesday, December 23, 2015

Pedalaman Baram Sarawak

Bismillahirrahmannirrahim..

Untuk pertama kalinya, saya kembali menulis di atas blog kapalterbangtinggi ini. Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah Ala Kulli hal. Esok genap enam bulan saya memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41..Setelah 5 tahun setengah berhempas pulas bertungkus lumus kejar pointer tak dapat2 t kat IPG, dan setelah lebih kurang enam bulan juga berteka teki setiap hari menunggu panggilan penempatan..Akhirnya, Allah mentakdirkan saya untuk kesekian kalinya bermastautin di negeri darul hana, negeri Sarawak bumi kenyalang. 

Perjalanan hidup baharu sebagai post grade & golongan bekerja kali ini bukan lagi di pekan kecil tapi lebih jauh lagi di Pedalaman Baram Sarawak. Huhu..setiap apa yang kita fikirkan dan kita impikan itu sebenarnya adalah doa untuk diri kita sendiri.. Dulu-dulu masa form 1 saya selalu fikir saya nak duduk dalam hutan. Tak perlu jumpa ramai orang. Tak perlu dengar mak membebel dan tak perlu buat susu adik. Dushh, rebel sungguh masa zaman remaja saya..

Masa degree pun sy ada juga bercita2 nk masuk pedalaman dan liha kehidupan orang di pedalaman. Alhamdulillah Allah bagi peluang ikut kak Sofea balik Baram..Long Teran to be exact. Saya excited sangat nak masuk Baram bila tengok kak Sofea diberi tepukan dan pujian oleh senior masa kami orientasi ppismp dulu.. Baram ni tempat yang paling ulu. So, kalau ada budak Baram yang berjaya ke IPT, means budak ni teror la kiranya. 

Ok. Back to the topic. Pengalaman mengajar di pedalaman sangat bermakna..Setiap hari ada sahaja perkara baru yang dipelajari, dirasai, dijumpai, di alami.. kalau cerita, tak sama perasaannya bila berada sendiri di pendalaman ni.. Kalau setakat dua tiga hari stay pun tak sama.. Adrenaline rush bila naik bukit n tiba2 tayar 4wd yang dinaiki tu nak tergelincir..perghh..dah macam rasa naik kapal terbang yang face terbulance.. 

Pengalaman first time masuk sekolah pun dah cukup buat hati saya jadi besar. Masuk dengan 2 buah 4wd bersama 5 orang lagi guru yang kesemuanya lelaki..Hanya tuhan yang tahu perasaan saya saat itu..huhu...takut cemasnya dirasai seminggu sebelum hari nak masuk sekolah lagi..huhu..Hari-hari sebelum masuk sekolah tu air mata akan tiba tiba je keluar..saya diberitahu yang saya sahaja cikgu perempuan muslim di sekolah tersebut. Aduh..Tapi kan.. Allah takkan biar kita face situation beyond our limit kan.. Saya teruskan jugak...try untuk adapt n all..takdalah menangis nangis merayu nak minta pindah time tu juga..tapi first week di sekolah tu nangis jugak la..culture shock. Selama enam bulan duduk rumah dengan semua perempuan..la ni kena kawan dengan lelaki pulak..hmm

Keadaan sekolah Alhamdulillah ok.. Saya tinggal serumah dengan dua orang lagi cikgu perempuan.. Sekolah saya ada tiga orang cikgu perempuan termasuk saya  dan sebelas orang cikgu lelaki..Alhamdulillah, Allah bg saya hadapi ujian-ujian dulu sebelum layak ke pedalaman ni.. Masa praktikum tahun sudah saya praktikum dengan kawan cina dan ditempatkan jauh di Saratok..nak ke Sibu ambil masa dua jam lebih dan hujung minggu je mesti ada drama kejar mengejar bas untuk ke sibu..

Overall, duduk di pedalaman ni tenang aman damai, takdak traffic jamm..kerja pun rilex..tak terkejar dengan program besar-besar..mengajar dan pastikan budak yang diajar faham..Kalau dah nama guru pemulihan, rilex tak boleh nak rilex sangat.. Kesian anak-anak..

Nak katanya, pedalaman baram tempat saya ni tak jauh mana pun, 4 jam je dari Miri.. Ada sekolah kawan yang sama -sama masuk Baram, lagi jauh 12 jam guna 4wheels..selalu kawan tu naik flight je, tapi flightnya hanya ada hari ahad ke bandaraya Miri.. Jadinya, jaranglah dia keluar bandar kecuali cuti panjang..

Kat mana pun kita ditempatkan, Allah letakkan kita sesuai dengan keadaan kita.. Tak kira jauh di tengah hutan, nun jauh di sempadan Kalimantan, Hatta sekolah di tepi rumah kita sekalipun..

Firman Allah SWT :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)

Maksudnya : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya




Boleh jadi buku kalau nak cerita.. Jom Ke Pedalaman 2..hehe..Jom ke Pedalaman dah ada yang tulis..k. Wassalam..

Thursday, May 28, 2015

Pasir di tekak

27052015

1jam selepas
penantian kosong
hujung talian
ku tahu pasir itu
tersekat di tekak
walau manik manik itu kau tahan
dari berjujuran


2 hari sebelum
saat aku nazar
mahu belanja
seorang ukh
makan soto sup
di pasar taman tun


3 minit sebelum
menggunung harapan hati
mungkin bukan hari ini
dan memang pasti
harapan masih ada
untuk berjuta juta
kali lagi


4bulan dua hari
aku seorang perantau sejati


5,6,7,8,9,10 kali lagi
aku terus akan mencari.
mencari hati.
hati yang kuat
untuk terus menanti
menanti saatnya pergi
dengan yakin dan pasti
untuk menongkah
arus fana ini.



Sunday, May 17, 2015

off everything..

off being bullied
off being rebelled
off being unemployed
off being afraid without hope
off being forgetful

Surah Ash-Shura
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan. (32) 

Jika Dia kehendaki, Dia menghentikan tiupan angin, maka tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. (33) 

Atau (jika Dia kehendaki) Dia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu setengahnya dibiarkan mati lemas) dan (setengahnya diselamatkan dengan jalan) Dia memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka. (34) 

(Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami) dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui, bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri (dari azab seksa). (35)


Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; (36) 

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. (37) 

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; (38) Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas). (39) 


Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. (40) 


Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah dia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. (41) 


Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. (42) 


Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (43) Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia? (44) 


Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada Neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke Neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut) dan orang-orang yang beriman pula berkata: Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal. (45) 


Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong yang lain dari Allah yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayat petunjuk). (46) 


Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya) dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). (47) 


Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu) dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, dia bergembira dengannya dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya. (48) 


Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. (49) 


Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: Mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (50) Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana. (51)


Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus, (52) 


Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan. (53)

Wednesday, January 28, 2015

mendekat

Bila mana wajahmu mendekat
Aku tahu,
Aku rindu.

Bila mana kau menjauh,
Aku tahu,
Kau rindu.

Panjang sela masa itu,
Menggusarkan hatimu

Menunggu dan tetap tunggu.
Saat itu,
Aku tak pasti
penantianmu dan aku
Buat kita bersatu

Ku punya waktu untuk itu,
Ku kerah diriku
Seluruh jiwa harta dan masa.

Agar nanti,
Kita tetap bersama,
Bila takdir mengatasi segala.


~Hujung nama.